Retainer

Kekalkan Senyuman Selepas Buka Braces

Tanpa Retainer, Senyuman Akan Sia-sia

Retainer ialah alat yang direka khas untuk mengekalkan kedudukan gigi anda pada tempatnya. Ia sering dipakai selepas buka pendakap gigi, untuk mengekalkan kedudukan gigi anda selepas gigi anda selesai diperbetulkan. Sudah pastinya untuk kekalkan senyuman baru anda yang menawan itu juga.

Di Klinik Pergigian Putra, terdapat tiga jenis retainer yang kami tawarkan untuk pemakai pendakap gigi. Pemilihan retainer juga berdasarkan cadangan dari doktor ortodontik kami mengikut keperluan pergigian anda.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Jenis-jenis Retainer

Essix Retainer

  • Boleh ditanggalkan
  • Diperbuat daripada bahan lut sinar
  • Mudah dibersihkan
  • Pemakaian selama 2 tahun
  • Tiada pemeriksaan berkala bersama doktor
  • Mudah patah jika tak dijaga dengan baik

Hawley Retainer

  • Boleh ditanggalkan
  • Dibuat daripada logam dan bahan akrilik yang disambungkan dengan wayar logam nipis
  • Tahan lama dan tidak mudah rosak
  • Mudah dibersihkan
  • Pemeriksaan berkala bersama doktor
  • Pemakaian yang tidak betul, boleh menyebabkan gigi bergerak

Fixed Retainer

  • Tidak boleh ditanggalkan
  • Sejenis ‘hidden‘ retainer
  • Diperbuat daripada dawai logam yang dilekatkan di belakang gigi anda
  • Tidak akan hilang dan sukar untuk rosak
  • Perlukan penjagaan kebersihan yang lebih dan teliti
  • Ada pemeriksaan berkala bersama doktor

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai kepada teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!