Kandungan natrium clorida pada garam bersifat antibakteria. Merendam kaki dalam campuran garam selama 10 hingga 20 minit boleh membantu membunuh bakteria atau kulat yang menyumbang kepada bau kaki.
Amalan merendam kaki di dalam air panas yang dicampur dengan garam ini popular dalam kalangan masyarakat Cina. Ia dapat meningkatkan peredaran darah seperti disarankan oleh perubatan tradisional Cina.
Rendaman kaki dalam air panas tidak sekadar merehat dan menenangkan badan anda. Rendaman kaki mampu meningkatkan suhu badan yang boleh melegakan ketegangan otot, mengurangkan infeksi, mengurangkan tekanan, melegakan keletihan dan juga meningkatkan kualiti tidur. Ia juga boleh mencantikkan dan melembutkan kulit kaki daripada kering dan mengelupas.
Tanpa kaki yang sihat sudah tentu kita sukar menjalankan aktiviti harian dengan baik. Mari manjakan diri anda di MyJestic Medispa kami.
