Rawatan Wajah

Dermapen

Rawatan wajah untuk menghilangkan parut, menegangkan wajah dan mengurangkan garis halus di wajah

Rawatan Dermapen Yang Kami Tawarkan

Dermapen ialah alatan jarum mikro yang berfungsi untuk menegang, menaikkan dan meremajakan kulit. Ia berkesan dalam mengurangkan garis halus dan kedutan, tanda regangan, parut pembedahan dan parut jerawat.

Pakej 1 Sesi

RM249

Satu sesi rawatan

Pakej 3 Sesi

RM699

3 sesi rawatan

Pakej 5 Sesi

RM1199

5 sesi rawatan

Prosedur Rawatan Dermapen

Langkah 1 – Wajah anda akan dibersihkan beserta dengan skrub wajah

Langkah 2 – Wajah anda akan dilembutkan dan membuka pori dengan face steamer

Langkah 3 – Microdermabrasi untuk buang lapisan permukaan kulit

Langkah 4 – Buang blackhead (jika perlu)

Langkah 5 – Sapu ubat kebas dan tutup wajah dengan plastik selama 20 minit atau hingga wajah rasa kebas

Langkah 6 – Muka anda akan dibilas dengan air bersih

Langkah 7 – Proses dermapen akan dilakukan. Kami menggunakan dermapen 12 pin dalam rawatan ini

Langkah 8 – Akhir sekali, LED mask akan dipakaikan setelah selesai proses dermapen.

Tempah Janji Temu

Soalan Lazim

Adakah rawatan dermapen ni sakit?

Rasa yang paling biasa semasa prosedur adalah akan rasa hangat dan sedikit gatal semasa alat microneedling digerakkan di sekeliling muka. Mungkin juga ada sedikit sakit pada bahagian tulang muka anda, seperti garis rambut, dahi dan garis rahang anda.

Berapa lama boleh nampak hasil selepas rawatan?

Secara umum, jangkaan hasil penuh rawatan dermapen antara empat dan enam minggu selepas rawatan. Ini memberi tubuh anda masa yang cukup untuk menghasilkan kolagen.

Mengapa kulit saya kelihatan lebih teruk selepas buat dermapen?

Kadang-kadang kulit boleh kelihatan sedikit bengkak selepas rawatan. Ini disebabkan oleh kecederaan semula jadi dan proses rawatan. Tahap pembengkakan (jika ada) bergantung pada sensitiviti kulit dan keagresifan rawatan. Apabila bengkak berlaku, ia akan reda dalam masa 2 hingga 3 hari.

Adakah satu sesi rawatan dermapen cukup?

Dermapen adalah rawatan yang sangat berkesan untuk kebanyakan jenis kulit. Hasil boleh dilihat selepas hanya satu atau dua sesi. Hubungi kami untuk konsultasi.

Adakah kulit mengelupas selepas dermapen?

Ya, kulit anda akan mengelupas selepas rawatan, dan ia adalah perkara biasa.

Manja dan Tenangkan Diri Anda di Spa Kami

Tempah slot janji temu anda sekarang!