Fibre Reinforced Composite (FRC) Bridge

Gigi Palsu ‘Express’ Dalam Masa 2 Jam

Gantikan Gigi Yang Hilang Dalam Masa 2 Jam!

Adakah anda kehilangan satu atau dua batang gigi hadapan? Anda mungkin sesuai untuk buat rawatan Fibre Reinforced Composite Bridge (FRC), atau panggilan mudah fibre bridge . Fibre bridge ini direka khas untuk mereka yang mahukan gigi palsu dengan segera.

Fibre bridge ialah alternatif rawatan gigi palsu, dan fibre bridge ni tak boleh dicabut dari mulut seperti gigi palsu normal. Rawatan ini hanya untuk gigi hadapan sahaja kerana tekanan yang di gunakan oleh gigi bahagian hadapan tidak sekuat gigi geraham.

Di Klinik Pergigian Putra, doktor kami akan membantu anda memutuskan sama ada rawatan ini sesuai untuk anda atau tidak, dan memberikan semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk anda.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Prosedur Rawatan Fibre Bridge

Rawatan ini menggunakan jalur serat kaca (fiber glass strand) sebagai teras yang akan menguatkan binaan bridge komposit.
  1. Jalur serat kaca ini akan dilekatkan pada permukaan gigi yang bersebelahan tempat tiada gigi, merentasi ruang kosong ini dan hujungnya dilekatkan pada gigi bersebelahan yang lainnya
  2. Bahan tampalan komposit akan ditambah secara sedikit demi sedikit menutupi jalur serat kaca yang merentang tersebut. Semasa proses ini, bahan komposit tersebut dibentuk untuk menyerupai bentuk gigi.
  3. Langkah seterusnya adalah merapi dan menggilap fibre bridge. Proses ini akan menghasilkan permukaan bridge yang licin dan berkilat seperti gigi asli. Permukaan yang licin dan berkilat ini penting untuk memastikan sisa makanan dan plak susah untuk melekat dan senang dibersihkan.

Keseluruhan prosedur ini dilakukan dalam satu janji temu sahaja dan biasanya mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kelebihan Fibre Bridge

Menggantikan gigi yang hilang tanpa memerlukan pembedahan atau kecilkan gigi

Boleh dibaiki jika bermasalah

Kos rawatan yang lebih rendah dan mampu milik

Bersifat kekal, tidak perlu dicabut, buka dan pasang

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai hingga ke teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!