Skip to main content

Jenis-jenis Pemutihan Gigi (Teeth Whitening) Yang Selamat dan Mudah

Adakah anda seorang penggemar kafein? Jika anda seorang yang suka minum kopi atau teh setiap hari, minum kopi secara berterusan boleh mengotorkan gigi anda dan menyebabkan gigi anda menjadi kekuningan dan coklat. Tiada siapa yang yakin dan berani menunjukkan bahawa gigi mereka kuning! Ia juga boleh menjadi agak memalukan bagi sesetengah orang untuk senyum dan bercakap kerana orang akan fokus pada gigi kuning anda.

Jadi, kami nak bantu anda selesaikan masalah gigi kuning ni dengan mudah dan pantas. Di sini kami senaraikan beberapa jenis rawatan atau produk putihkan gigi yang mudah didapati dan mudah.

 

1. Ubat Gigi Pemutihan Gigi

Ada pelbagai jenis ubat gigi putihkan gigi yang dijual di pasaran dan pelbagai harga. Ubat gigi ini juga mudah didapati di mana-mana platform jualan. Pastikan anda memilih ubat gigi pemutihan gigi yang selamat dan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Contohnya: Colgate, Oral B

Penggunaannya yang mudah seperti menggunakan ubat gigi biasa dan berus gigi dengan betul. Hasil tidak boleh dilihat dengan serta merta, perlu penggunaan yang kerap untuk lihat hasil. Biasanya dalam 2 minggu anda akan lihat hasilnya, gigi akan sedikit cerah berbanding biasa.

 

2. Teeth Whitening Kit

Hari ini, terdapat beberapa jenama dan jenis kit pemutihan gigi (teeth whitening kit) yang berbeza yang mudah digunakan di rumah. teeth whitening kit selalunya disertakan termasuk strip, agen pemutih gigi dan lampu LED (bergantung pada jenis dan jenama teeth whitening kit). Kit ini boleh dilakukan sendiri di rumah atau di mana-mana sahaja anda berada. Ia mudah digunakan dan hasil kecerahannya dapat dilihat dengan segera.

 

3. In-office Teeth Whitening

In-office teeth whitening adalah pemutihan gigi dibuat di klinik gigi yang berdaftar. Rawatan ini dilakukan oleh doktor gigi dengan menggunakan teknologi tinggi khas untuk putihkan gigi. Kebiasaannya, doktor akan cuci gigi dahulu sebelum melakukan pemutihan gigi supaya tak ada kotoran yang menghalang proses pemutihan gigi dijalankan.

Di Klinik Pergigian Putra, kami menggunakan teknologi Beyond untuk melakukan pemutihan gigi, baca sini. Pemutihan gigi di klinik gigi lebih selamat dan menjimatkan masa. Hasil selepas rawatan dapat dilihat dengan serta merta.

One Comment

Leave a Reply