Skip to main content

Jarang nak dengar tentang kes kanser mulut, tapi ia ada.

Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Di Malaysia, ia merupakan kanser yang ke-21 kerap terjadi manakala ia berada di tangga ke-8 di dunia.

Ini adalah peringatan penting kepada umum bahawa apabila kanser mulut ini dikesan dan dirawat lebih awal, ia dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.

Kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan dan pengesanan awal kanser mulut perlu ditingkatkan susulan 60 peratus penyakit itu lewat dikesan iaitu pada tahap tiga dan empat.

Walaupun kanser mulut tidak tersenarai dalam senarai 10 kanser paling lazim di Malaysia menurut data National Cancer Registry 2012-2016 (MNCRR), kanser mulut dilaporkan sebagai kanser keenam berlaku dalam kalangan rakyat dan ia boleh dicegah sebelum parah.

Lokasi yang sering terjadi kanser mulut:

  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Lapisan dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah

Faktor-faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :

  • Merokok
  • Mengunyah tembakau
  • Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
  • Minum alkohol yang berlebihan
  • Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

Apakah tanda-tanda kanser mulut ?:

  • Ulser yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompok putih (leukoplakia)
  • Tompok merah (erythroplakia)
  • Nafas berbau (halitosis)

Kaedah rawatan

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Kombinasi antara tiga kaedah di atas.

Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:

  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Tidak mengunyah tembakau / pinang
  • Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
  • Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
  • Pengamalan gaya hidup sihat

Pemeriksaan mulut sendiri:

  • Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
  • Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
  • Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.

Leave a Reply