Rawatan Cuci Gigi (Scaling)

Cuci gigi atau 'scaling' gigi membantu menghilangkan plak dan karang gigi

Elak Penyakit Gusi & Kerosakan Gigi

Pengumpulan plak dan karang di sekeliling gigi dan di bawah gusi boleh menyebabkan banyak masalah pergigian seperti kerosakan gigi, gingivitis, kehilangan tulang, nafas berbau, dan akhirnya boleh menyebabkan anda kehilangan gigi.

Cuci gigi di Klinik Pergigian Putra membersihkan mulut dari bakteria berbahaya dan memastikan anda boleh menikmati kesihatan mulut yang luar biasa sepanjang hayat.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Tanda-tanda Anda Perlu Cuci Gigi

Gusi berdarah

Nafas berbau

Tompok gelap pada gigi

Ada plak dan karang gigi

Soalan Popular Tentang Cuci Gigi

Adakah penting untuk cuci gigi?

Ya. Cuci gigi secara rutin membantu menghilangkan plak dan karang gigi yang degil dan dipenuhi bakteria dari gigi anda. Ini penting kerana, jika dibiarkan terlalu lama, plak dan karang gigi boleh menyebabkan kerosakan gigi, penyakit gusi, dan kerosakan serius yang lain.

Adakah cuci gigi menyakitkan?

Jika sudah lama tidak buat rawatan cuci gigi, gusi anda mungkin berdarah sedikit semasa proses cuci gigi. Jangan risau, doktor kami melakukan cucian gigi dengan berhati-hati dan akan memperlahankannya berdasarkan keperluan dan tahap keselesaan anda. Jika mulut anda berasa agak sakit selepas cuci gigi, doktor akan beri ubat-ubatan yang diperlukan.

Adakah cuci gigi akan diberikan ubat kebas?

Doktor tidak akan beri suntikan ubat kebas ketika proses cuci gigi, melainkan pesakit yang minta untuk diberikan ubat kebas.

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai hingga ke teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!