Crown

Crown ialah sarung gigi yang digunakan untuk menutup gigi yang patah atau terlalu rosak

Pulihkan Penampilan Gigi Anda

Crown pergigian adalah seperti sarung gigi yang menutupi keseluruhan bahagian gigi untuk melindungi struktur gigi yang tinggal dan mengembalikan bentuk, saiz dan warna asal gigi.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin memerlukan crown. Seperti rawatan crown diperlukan sebagai langkah terakhir rawatan saluran akar. Gigi reput atau rosak yang teruk juga mungkin memerlukan rawatan crown untuk membaiki gigi tersebut.

Di Klinik Pergigian Putra, crown kami direka khas agar sesuai dengan gigi anda. Kami bekerjasama dengan makmal yang bertaraf tinggi dalam menghasilkan crown yang kelihatan seperti gigi asli anda.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Jenis Crown Yang Ditawarkan

Zirkonia

  • Diperbuat daripada bahan seramik yang kuat
  • Warna crown yang cantik seperti gigi asal dan lut sinar (translucent)
  • Penampilan yang tampak semula jadi seperti gigi asli dan lebih estetik
  • Mesra gusi, tidak menyebabkan gusi berubah warna
  • Tahan panas dan sejuk, yang boleh mengurangkan hipersensitiviti
  • Sesuai untuk gigi depan kerana memiliki sifat estetik yang bagus
  • Sesuai untuk semua gigi kerana daya tahannya yang kuat terhadap tekanan kunyah
  • Apa Fungsi Crown?

    Crown gigi ialah pemulihan keseluruhan penuh yang digunakan untuk menutup gigi yang mungkin patah, reput atau terlalu rosak untuk dipulihkankan dengan tampalan biasa. Apabila anda memakai crown, anda akan nampak ia memperbaiki keadaan gigi anda dengan berkesan:

  • Membantu menguatkan gigi asal untuk mengelakkan patah pada masa hadapan
  • Memulihkan kehilangan struktur gigi akibat kikisan gigi yang banyak
  • Memperbaiki penampilan gigi
  • Melegakan kesakitan daripada sebarang kerosakan
  • Melindungi gigi dari kerosakan
  • Tempah Janji Temu

    Prosedur Rawatan Crown

    Rawatan crown memerlukan dua kali lawatan ke klinik kami.
    1. Pada lawatan pertama, doktor akan mengecilkan gigi asal anda yang diperlukan untuk pemasangan crown.
    2. Kemudian, doktor akan mengambil acuan gigi anda.
    3. Dari acuan gigi tadi, ia akan dihantar ke makmal untuk proses pembuatan crown. Ia mengambil masa dalam 2 minggu untuk crown anda siap.
    4. Sementara itu, doktor akan memberikan tampalan sementara untuk melindungi gigi.
    5. Lawatan kedua adalah hari anda akan pakai crown. Doktor akan membuka tampalan sementara dan kemudian pasangkan crown yang kekal.
    Tempah Janji Temu

    Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

    Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai hingga ke teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

    Tentang Kami

    Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

    Tempah Janji Temu Anda Sekarang!