Adakah anda kehilangan satu atau dua batang gigi hadapan? Anda mungkin sesuai untuk buat rawatan Fibre Reinforced Composite Bridge (FRC), atau panggilan mudah fibre bridge . Fibre bridge ini direka khas untuk mereka yang mahukan gigi palsu dengan segera.
Fibre bridge ialah alternatif rawatan gigi palsu, dan fibre bridge ni tak boleh dicabut dari mulut seperti gigi palsu normal. Rawatan ini hanya untuk gigi hadapan sahaja kerana tekanan yang di gunakan oleh gigi bahagian hadapan tidak sekuat gigi geraham.
Di Klinik Pergigian Putra, doktor kami akan membantu anda memutuskan sama ada rawatan ini sesuai untuk anda atau tidak, dan memberikan semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk anda.