Rawatan Badan

Sauna

Menenangkan Jiwa & Minda

Sauna: Merangsang Ketenangan Jiwa & Minda

RM49

Perlukan sesuatu untuk rehatkan badan anda? Sauna telah digunakan secara tradisional untuk merangsang ketenangan jiwa dan minda.

Apabila anda berada di sauna, suhu kulit meningkat, ia secara tidak langsung akan menyebabkan keluarnya peluh. Kadar denyutan jantung juga akan meningkat untuk mengekalkan suhu badan dan melancarkan pengaliran darah keseluruh badan.

Sauna juga boleh mengurangkan kesakitan otot, meningkatkan pergerakan sendi, mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan mencantikkan kulit anda.

Prosedur Sauna

Langkah 1 – Anda perlu buka semua pakaian anda termasuk pakaian dalam

Langkah 2 – Anda akan disediakan kain batik untuk menutup tubuh anda

Langkah 3 – Anda perlu duduk dalam sauna selama 20-30 minit, bergantung pada ketahanan badan anda

Langkah 4 – Setelah selesai, anda perlu keluar dari sauna dan rehatkan diri. Air minuman akan diberikan, dan anda boleh pakai pakaian anda semula

Soalan Lazim

Berapa lama perlu duduk di sauna?

20-30 minit, beegantung pada ketahanan badan anda.

Adakah perlu mandi selepas sauna?

Ya, perlu mandi. Menyejukkan badan selepas sauna adalah penting kerana anda boleh diserang selsema jika anda berpeluh terlalu banyak. Sebaiknya, jangan mandi terus selepas sauna, sejukkan badan dahulu baru mandi.

Apa perlu buat selepas sauna?

Selepas sesi sauna, banyakkan minum air kosong untuk menghidrat semula badan anda.

Siapa perlu elak buat sauna?

Sesetengah situasi anda mungkin tidak sesuai untuk menggunakan sauna. Bagitahu petugas spa jika anda ada masalah seperti ini:

  • Semput
  • Penyakit jantung
  • Mengandung
  • Epilepsi
  • Tekanan darah yang sangat tinggi atau sangat rendah

Apa perlu buat sebelum memasuki sauna?

Sebelum memasuki sauna, jangan pakai:

  • Pakaian
  • Telefon bimbit
  • Barang kemas
  • Cermin mata
  • Contact lens
  • Apa-apa barang logam

Manja dan Tenangkan Diri Anda di Spa Kami

Tempah slot janji temu anda sekarang!