Apa Tanda Kena Buat Rawatan Akar Gigi dan Kebaikan Rawatan Akar Gigi

Jadi apakah salur akar? Apabila gigi dijangkiti dan sakit, ia biasanya berkaitan dengan saraf di akar gigi anda. Saraf yang dijangkiti ini perlu dibuang. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh bertukar menjadi nanah, yang merupakan masalah yang lebih serius yang membawa kepada kehilangan gigi (kena cabut gigi). Rawatan akar gigi (RCT) disarankan kerana ia berkesan untuk menghentikan kesakitan dan menyelamatkan gigi anda dari dicabut.
Ramai yang masih keliru tentang rawatan akar ini. Rawatan ini sebenarnya untuk mematikan gigi, gigi tak akan sakit lagi. Walaupun gigi dah mati, ia masih berupaya untuk mengunyah makanan. Tetapi, gigi tersebut tidak akan bertahan lama. Perlu rawatan susulan seperti buat crown untuk kekalkan struktur gigi asal.
Tanda-tanda Perlu Rawatan Akar
- Gigi sakit secara tiba-tiba walaupun anda tak makan atau minum
- Gigi ngilu yang melampau ketika makan atau minum sesuatu yang panas atau sejuk
- Sakit gigi yang mengganggu tidur malam
- Gigi rosak teruk yang tidak boleh ditampal
- Sakit gigi yang bertambah teruk apabila ditekan atau semasa makan
- Bengkak yang berulang-ulang
- Berlaku perubahan warna pada gigi
Kebaikan Buat Rawatan Akar Gigi
Rawatan akar adalah rawatan yang sangat berkesan untuk menyelamatkan gigi anda. Ia mengelakkan masalah gigi yang lebih serius dan mengekalkan keupayaan gigi untuk mengunyah dan menggigit. Ia juga mengekalkan struktur asli gigi. Rawatan akar adalah penyelesaian yang paling optimum untuk akar yang dijangkiti dan sakit gigi. Digabung dengan rawatan crown setelah selesai rawatan akar, gigi anda boleh berfungsi dengan lebih baik dan kuat. Antara kebaikan rawatan akar yang lain:
- Boleh menggigit dan mengunyah makanan seperti biasa
- Mengelak daripada gigi menjadi sensitif
- Penampilan semula jadi gigi tidak terjejas
Adakah Gigi Rawatan Akar Mati?
Betul. Gigi yang telah buat rawatan akar akan mati.
Hal ini kerana tisu dan saraf pada gigi telah dimatikan dan dibuang, gigi tersebut sudah tidak dapat apa-apa nutrien dari pemakanan anda. Jadi, gigi yang buat rawatan akar akan menjadi lemah berbanding gigi yang tidak buat rawatan akar.
Tetapi, gigi yang dibuat rawatan akar boleh bertahan lama jika penjagaan yang betul diambil berat. Struktur sokongan seperti tulang dan ligamen yang memegang gigi masih kuat dan sihat. Jadi, anda mesti mengekalkan kebersihan mulut yang baik dan kerap buat pemeriksaan dengan doktor gigi.
Rawatan susulan seperti crown selepas rawatan akar adalah digalakkan untuk menyokong struktur gigi asli tersebut.