Kenali Kami,
Parit Raja, Pagoh Jaya & Kluang

Kisah Kami
Di Klinik Pergigian Putra, kami membantu anda meraikan kegembiraan senyuman yang bahagia dan sihat. Klinik kami dibina pada tahun 2015 di Parit Raja, Batu Pahat dengan matlamat untuk memberi kesedaran tentang kesihatan pergigian kepada masyarakat, serta merawat masalah pergigian.
Kini Klinik Pergigian Putra juga telah beroperasi di Pagoh, Muar sejak 2019. Penduduk Pagoh dan kawasan sekitarnya boleh mendapatkan penjagaan dan rawatan pergigian di klinik kami cawangan Pagoh.
Kami percaya pergi ke doktor gigi harus positif, maka di klinik kami menyediakan alatan rawatan yang canggih, pasukan yang berpengalaman dengan teknik rawatan yang betul untuk memastikan anda berasa selesa.


Alhamdulillah, Klinik Pergigian Putra telah membuka cawangan ke-3 iaitu di Taman Intan, Kluang pada Mac 2024. Kami berkomitmen untuk memberikan perkhidmatan penjahgaan gigi yang terbaik untuk anda sekeluarga. Dengan teknologi terkini dan doktor yang berkemahiran, kami menjemput anda untuk merasai pengalaman rawatan gigi yang selesa dan berkesan. Sama-sama kita ke arah gigi yang sihat dan senyuman yang menawan.
Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda
Kenali Pasukan Hebat Kami

Dr. Maisarah Zainal Abidin
Pengasas Braces & Gincu / Doktor Gigi
Dr. Maisarah ialah doktor gigi yang mesra dan berdedikasi. Kepakaran beliau adalah ortodontik dan pergigian kosmetik. Dr. Maisarah sentiasa mempunyai semangat untuk membantu pesakit, dan telah menyediakan penjagaan pergigian yang komprehensif kepada warga Parit Raja dan kawasan sekitarnya sejak 2015.
Beliau sering menerima pujian atas teknik dan keupayaannya yang lembut untuk membantu pesakit membuat rawatan. Beliau memastikan amalan kami sentiasa dikemas kini dengan perkembangan terkini dalam prosedur rawatan pergigian.
Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kelayakan
DDS UKM (2007)
Majlis Pergigian Malaysia (MPM)

Dr. Muhammad Firdaus
Doktor Gigi Klinik Pergigian Putra Parit Raja
Dr. Firdaus menyertai pasukan Klinik Pergigian Putra sejak 2023. Beliau percaya bahawa beliau boleh membuat perubahan dalam kehidupan pesakit dengan menawarkan peluang kepada pesakit dalam proses membuat keputusan rawatan mereka, mendidik mereka tentang bagaimana mereka boleh mengekalkan senyuman yang sihat sepanjang hayat.
Dr. Firdaus komited untuk meneruskan belajar, mengikuti kursus pendidikan dan latihan berterusan dalam rawatan braces dan rawatan kompleks . Dengan menggunakan kemajuan teknologi dalam bidang pergigian, beliau berusaha untuk mencapai kesempurnaan optimum dalam merawat pesakit.
Pendidikan
Tanta University, Mesir
Kelayakan
BDMS
Majlis Pergigian Malaysia (MPM)

Dr. Siti Zafirah
Doktor Gigi Klinik Pergigian Putra Pagoh
Dr. Zafirah komited sepenuhnya terhadap senyuman pesakitnya. Beliau yakin bahawa untuk menjadi yang terbaik dalam industri pergigian, perlu mengambil pendekatan untuk sentiasa belajar.
Dr. Zafirah mengikuti banyak kursus pergigian seperti ortodontik dan pergigian kosmetik untuk meningkatkan kemahirannya. Ini membolehkan beliau memenuhi keperluan penjagaan pergigian pesakitnya dengan cepat dan tangkas, memberikan mereka pengalaman yang positif dan selesa setiap masa.
Pendidikan
Jordan University of Science And Technology
Kelayakan
BDS (JUST)
Majlis Pergigian Malaysia (MPM)

Dr. Alia Suhana
Doktor Gigi Klinik Pergigian Putra Kluang
Pendidikan
University of Tanta, Egypt
Kelayakan
BDMS
Majlis Pergigian Malaysia (MPM)

Dr. Nabilah Husna
Doktor Gigi Klinik Pergigian Putra Parit Raja
Pendidikan
Al-Azhar University
Kelayakan
BDS
Majlis Pergigian Malaysia (MPM)
Pasukan Hebat Kami

Nurin

Hidayani

Mudrikah

Atiqa

Azila

Natasya

Aishah

Name

Fazira

Hanim

Syahirah

Faizah
