Seberapa Kerap Perlu Tukar Berus Gigi?
Bilakah kali terakhir anda menggantikan berus gigi anda? Biasa orang ni akan buang makanan yang telah tamat tempoh atau rosak, tukar produk kesihatan dan kecantikan bila dah nak rosak, tetapi tak ramai yang tahu bahawa berus gigi juga perlu diganti jika dah sampai masanya. Hal ini kerana, berus gigi yang bersih dan elok membantu mengekalkan kebersihan gigi dengan baik. Terdapat beberapa perkara perlu anda ambil tahu tentang berus gigi jika nak kekalkan kesihatan pergigian yang optimum.
1. Bila Perlu Tukar Berus Gigi
Doktor gigi dan American Dental Association (ADA) menyarankan anda untuk menukar berus gigi setiap 3 bulan sekali. Lebih dari itu, berus gigi akan jadi lusuh dan kurang berkesan dalam menghilangkan kotoran dan plak dari gigi dan gusi anda. Kajian telah mendapati bahawa sekitar 3 bulan bulu berus gigi akan mula rosak dan kehilangan keberkesanan.
Satu lagi kesan buruk yang biasanya kita tidak akan terfikir ialah kuman boleh bersembunyi dan terkumpul pada bulu berus gigi. Penting sangat untuk ganti berus gigi anda terutamanya selepas anda mengalami selsema, atau berisiko kemungkinan dijangkiti semula.
Kulat dan bakteria juga boleh membiak pada berus gigi jika tidak dijaga dengan baik. Selepas digunakan, pastikan anda basuh dan keringkan berus gigi anda dengan teliti, simpan dalam keadaan tegak dan jauhkan daripada berus gigi terpakai yang lain. Jika anda dalam perjalanan, pastikan anda menutup kepala berus gigi untuk melindunginya dan mengurangkan penyebaran kuman.
Jika anda tak ingat bila kali terakhir anda tukar berus gigi, lihat pada keadaan berus gigi. Jika bulu berus gigi sudah kembang, agak lusuh, tanggal, atau sudah berubah warna menjadi gelap; maka anda perlu gati berus gigi baru dengan segera.
2. Apa Akan Berlaku Jika Anda Tak Tukar Berus Gigi?
Jika bakteria dan kulat boleh membiak pada berus gigi tidak membuat anda terkesan untuk tukar berus gigi dengan lebih kerap, terdapat juga beberapa risiko lain jika anda tidak menggantikan berus gigi anda.
Satu risiko termasuk merosakkan gusi anda. Kerana berus gigi lama menjadi tidak berkesan dalam menghilangkan kotoran dan plak dari gigi anda, yang membawa kepada gingivitis (penyakit gusi). Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan anda kehilangan gigi. Terpaksa la anda pakai gigi palsu sebelum tiba masanya!
3. Perkara Perlu Ambil Tahu Apabila Membeli Produk Pergigian
Ketika sesi pemeriksaan gigi, bertanya la kepada doktor gigi anda tentang cadangan produk penjagaan gigi yang sesuai berdasarkan keperluan anda.
Cadangan yang biasa doktor-doktor gigi akan cadangkan adalah pilih berus gigi yang lembut (soft bristles) supaya tidak merosakkan gigi dan gusi. Pilih juga saiz berus gigi yang boleh memberus satu atau dua gigi anda pada satu masa. Gunakan juga ubat gigi yang berfluorida. Ubat kumur pula tak perlu ada, tapi jika digunakan ia sudah sangat baik. Ia boleh melawan plak gigi dan menyegarkan nafas. Jangan lupa beli flos gigi juga!
Lakukan sedikit carian tentang produk yang paling sesuai dengan keperluan anda, dan jangan lupa untuk meminta cadangan dari doktor gigi anda.


Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.