Gigi Palsu

Gigi Palsu Membantu Anda Makan & Berbual Dengan Yakin

Cara terbaik untuk menggantikan gigi yang hilang

Jika anda kehilangan banyak gigi kerana reput, kecederaan, atau disebabkan proses penuaan, gigi palsu mungkin merupakan penyelesaian yang baik.

Gigi palsu moden diperbuat daripada bahan berteknologi tinggi, tahan lama dan lebih mudah untuk dibaiki. Gigi palsu anda akan bertindak seperti gigi asli, memulihkan keupayaan anda untuk tersenyum, bercakap dan mengunyah makanan dengan baik.

Gigi palsu bukan lah satu-satunya pilihan untuk menggantikan gigi yang hilang. Kami akan membantu anda membandingkan rawatan penggantian gigi yang lain, dan memberikan semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk anda.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Pilihan Gigi Palsu

Gigi Palsu Akrilik

Cepat dan mudah dibuat

Penampilan yang menarik

Mudah dibaiki

Mudah untuk tambah gigi

Boleh tambah pengapit (clasps) untuk sokongan tambahan

Gigi Palsu Valplast

Boleh lentur (flexible)

Selesa dipakai

Lebih kecil dan nipis daripada gigi palsu akrilik

Cengkaman (pengekalan) yang hebat jauh lebih baik

Tampak semulajadi bila dipakai

Tahan lasak

Kenapa Perlu Pilih Kami?

Menghasilkan gigi palsu yang kelihatan semula jadi dan tahan lama memerlukan kemahiran khas dan perhatian terhadap perincian. Di Klinik Pergigian Putra, doktor gigi kami akan:

  • Mengesyorkan jenis gigi palsu yang sesuai dengan anda berdasarkan informasi keperluan yang anda berikan

  • Ambil cetakan pada mulut anda untuk membentuk model gusi anda dengan tepat
  • Gunakan bahan berkualiti tinggi dan makmal bertaraf tinggi untuk membuat gigi palsu

  • Follow-up dengan anda untuk memastikan gigi palsu anda sesuai dan selesa

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai hingga ke teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!