Veneer

Gigi Perfect Dengan Veneer

Tingkatkan Kecantikan Semula Jadi Anda

Jika anda mempunyai gigi yang kelihatan terlalu kecil, tidak rata, bertompok, mempunyai kesan gelap, atau patah, veneer mungkin merupakan pilihan terbaik untuk anda. Rawatan veneer ini lebih pantas, dan menyempurnakan gigi anda tanpa memerlukan rawatan yang kompleks.

Veneer adalah seperti lapisan cengkerang yang nipis, tahan lama dan dibuat khas untuk gigi anda. Rawatan ini berkesan menutup dan melindungi gigi anda daripada celaan yang ada pada gigi.

Di Klinik Pergigian Putra, kami akan memastikan senyuman anda kelihatan semula jadi sebaik mungkin.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Jenis-jenis Veneer

Zirkonia Veneer

  • Mempunyai 2 sesi rawatan – Lawatan pertama untuk penyediaan veneer, dan lawatan kedua untuk pemasangan veneer pada gigi.
  • Jika zirkonia veneer retak atau pecah, ia tidak boleh diperbaiki dan perlu diganti baru.
  • Zirkonia veneer jauh lebih kuat daripada komposit veneer.
  • Zirkonia veneer tidak berubah warna.
  • Zirkonia veneer lebih tahan lama.
  • Dari segi estetik, zirkonia veneer tampak sangat ‘hidup’ kerana bahannya lut sinar (translucent), dan ia sangat serupa dengan gigi asli.

Komposit Veneer

  • Selesai dalam satu lawatan sesi rawatan sahaja.
  • Siap dengan lebih cepat dan kuat.
  • Komposit veneer mungkin lebih mudah pecah atau retak, berita baiknya ialah ia boleh dibaiki semula.
  • Komposit veneer boleh berubah warna, bergantung pada diet.
  • Komposit veneer kelihatan semula jadi, tapi ia tidak ‘hidup’ seperti zirkonia veneer.

Masalah Pergigian Yang Sesuai Terima Rawatan Veneer

Tempah Janji Temu

Jarang atau ‘gaps‘ antara gigi

Gigi tidak rata

Gigi retak, patah atau rosak

Gigi berubah warna atau bertompok gelap

Prosedur Rawatan Veneer

Komposit Veneer

  1. Doktor akan memulakan proses dengan membersihkan gigi anda dengan teliti
  2. Doktor mungkin perlu mengeluarkan lapisan nipis enamel gigi anda untuk membantu bahan veneer melekat pada gigi anda jika perlu

  3. Seterusnya doktor akan menggunakan gam pelekat untuk membantu bahan resin komposit melekat pada gigi anda. Akhir sekali, lapisan bahan komposit yang sangat nipis ditambah pada permukaan gigi anda.

  4. Doktor akan mengeraskan lapisan resin komposit dengan cahaya.

Zirkonia Veneer

Selalunya prosedur yang melibatkan zirkonia veneer ini memerlukan 2 kali lawatan pergigian:

  1. Pada lawatan pertama, doktor akan merancang rawatan, menentukan saiz, dan warna veneer. Kemudian doktor akan melakukan prosedur penyediaan gigi di mana doktor akan mengeluarkan sedikit lapisan nipis enamel gigi untuk proses pemasangan veneer. Acuan lapisan enamel gigi akan dibuat dan dihantar ke makmal perubatan.
  2. Pemasangan veneer sementara akan dilakukan untuk melindungi gigi sementara menunggu zirkonia veneer siap.
  3. Pada lawatan ketiga pula, setelah zirkonia veneer telah siap dari makmal, doktor akan lekatkan veneer pada gigi anda.
Tempah Janji Temu

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai kepada teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!