Rawatan Pergigian Kanak-kanak & Pencegahan

Pencegahan penyakit pergigian seawal usia 6 bulan bertepatan tema Never Too Early To Start

Cegah Kerosakan Gigi Sejak Bayi

Di Klinik Pergigian Putra, kami menyediakan rawatan penjagaan pergigian serta pencegahan penyakit pergigian kanak-kanak seawal usia 6 bulan bertepatan tema Never Too Early To Start.

Matlamatnya adalah untuk mencipta pengalaman penjagaan pergigian yang mesra untuk kanak-kanak bagi mengelakkan fobia doktor serta membantu mereka membina hubungan yang baik dengan doktor gigi mereka.

Kami percaya kepada kesihatan mulut yang baik daripada usia muda, demi masa depan yang lebih cerah!

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Perkhidmatan Pergigian Kanak-kanak

Terapi Florida
(Magic Fruity Flourida)

Pengenalan flourida iaitu cecair penguat permukaan gigi

Pengapan Fisur
(Seal The Germ’s Road)

Di atas permukaan gigi terdapat alur dan lekuk dimana menjadi tempat pembiakan kuman penyakit gigi. Bahan tampalan akan di letak pada sepanjang alur dan lekuk untuk mengelak kuman melekat

Tampalan Atraumatik (ART)
(Seal The Germ’s House)

Gigi yang berlubang menjadi tempat kuman tinggal. Rawatan ART akan menutup lubang tersebut dengan cara yang tidak trauma

Cabutan Mudah/Goyang
(I’am Not Baby Anymore)
(BIUS SAPUAN)

Gigi susu sudah sampai waktunya untuk meninggalkan si manja anda. Hanya perlu sapuan ubat kebas dan cabutan akan menjadi sangat mudah

Cabutan Rumit
(Remove The Germ’s House)
(BIUS SUNTIKAN)

Gigi yang rosak teruk akibat kuman perlu dibuang agar tidak sakit, radang dan berbau busuk. Cabutan ini agak rumit dan biasanya memerlukan suntikan ubat kebas

Rawatan Kanal Akar – Pulpotomi/Pulpektomi

Kuman akan merebak ke salur akar dan menjadi lebih aktif dan lebih radang. Rawatan pulpotomi ialah membuang tisu salur akar yang menjadi pembiakan kuman

Rawatan Pencegahan Pra-ortodontik

Myobrace

Fokus dalam menangani punca gigi bengkok, tanpa perlu pakai pendakap gigi atau cabutan gigi. Membolehkan gigi kanak-kanak tumbuh dan berkembang dengan baik secara semulajadi.

Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Hal Ini

Adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa mula memikirkan kesihatan mulut anak anda pada usia muda mereka untuk memastikan gigi mereka bersih dan sihat. Kami sedia untuk menjawab sebarang soalan yang anda kemukakan. Hubungi kami hari ini untuk tempah janji temu anda.

Tempah Janji Temu

Bermula dari umur berapa kanak-kanak perlu berjumpa doktor gigi buat kali pertama?

Berjumpa dengan doktor gigi harus dilakukan pada hari lahir pertama kanak-kanak, atau enam bulan selepas gigi pertama kelihatan.

Berapa kali setahun kanak-kanak perlu berjumpa doktor gigi?

Kebanyakan pergigian professional mengesyorkan kanak-kanak perlu berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dua lawatan ke doktor gigi setiap tahun membantu memastikan isu-isu kecil masalah kesihatan mulut tidak menjadi serius.

Bagaimana saya boleh membantu menjaga gigi anak saya?

Semasa bayi, gunakan kain lembut untuk membersihkan gusi mereka. Sebaik sahaja gigi pertama mereka tumbuh, bawa mereka untuk menjalani pemeriksaan pergigian dan mulakan rutin memberus gigi sebelum tidur. Elakkan memberikan makanan dan minuman manis kepada mereka kerana ia adalah punca utama kerosakan gigi.

Adakah kaviti menjadi masalah untuk gigi susu anak saya?

Walaupun gigi susu bersifat sementara, pereputan dan kaviti boleh menyebabkan kerosakan sepanjang hayat, termasuk jangkitan dan masalah ortodontik. Jangan abaikan kesihatan gigi anak anda.

Si Manja Anda Juga Perlukan Kami

Di Klinik Pergigian Putra, kami menyediakan penjagaan berkualiti dan pasukan yang berpengalaman bagi memastikan anda dan si manja berasa selesa dan seronok. Sebagai seorang doktor yang bergelar ibu, doktor kami mempunyai pendekatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan si manja anda agar berasa selesa dan tidak gentar. Si manja anda berada di tangan yang tepat di sini.

Tempah Janji Temu

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!