Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Kepentingan & Manfaat Gigi Susu Untuk Kanak-kanak
Gigi susu mempunyai beberapa kepentingan tujuan utama dalam perkembangan kanak-kanak.
Proses pertumbuhan gigi susu biasanya bermula antara umur 6-9 bulan. Gigi depan bawah (anterior) selalunya yang akan tumbuh dulu. Kesemua 20 gigi susu lengkap tumbuh pada umur anak 3 tahun. Gigi susu selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Sekitar umur 6-7 tahun, anak akan mula kehilangan gigi susu depan mereka, dan gigi gerahan akan mula hilang pada umur 10-13 tahun.
Gigi susu adalah penting untuk perkembangan gigi kekal yang sihat. Ibu bapa juga mungkin pernah mendengar tentang gigi susu dirujuk sebagai gigi ‘sementara’, dan ia ‘kurang penting’. Jika anda menganggap gigi ‘sementara’ ini kurang penting daripada gigi kekal, anda silap dan sila sedar demi anak-anak anda.
Kepentingan & Manfaat Gigi Susu Dalam Membantu Perkembangan:
- Perkembangan Pertuturan
Pernahkah anda mendengar kanak-kanak yang kehilangan dua gigi depan bercakap? Jika ya, maka anda tahu kehadiran gigi seseorang individu menyumbang kepada keupayaan mereka untuk bercakap. Malah untuk bayi, mempunyai pertumbuhan gigi yang cantik, sihat, dan sejajar menyumbang kepada keupayaan untuk membentuk perkataan dan bercakap dengan jelas.
- Makan & Dapat Nutrisi Dengan Baik
Kanak-kanak yang mempunyai gigi susu yang rosak atau bermasalah berkemungkinan besar mengalami kekurangan zat makanan. Gigi susu yang sihat menggalakkan tabiat mengunyah yang baik dan memudahkan pemakanan yang berkhasiat.
- Perkembangan Otot dan Tulang Rahang
Menghisap dan mengunyah memberi peluang untuk melatih otot muka, lidah dan rahang anak. Tanpa otot rahang yang berkembang dengan baik, ada kemungkinan tulang rahang tidak akan terbentuk dengan baik. Ibu bapa perlu menyediakan pelbagai tekstur dalam makanan, ia akan memberikan peluang yang baik untuk membangunkan otot dan rahang yang kuat.
- Sebagai Panduan Pertumbuhan Gigi Kekal
Gigi susu adalah sebagai panduan untuk gigi kekal tumbuh dengan baik dan cantik. Jika gigi susu rosak dan tidak dirawat, gigi susu boleh tanggal sebelum masanya. Ini menyebabkan masalah pertumbuhan gigi kekal seperti gigi kekal akan tumbuh senget, tumbuh berlapis atau tumbuh merata dan bukan ditempat asal serta buruk kejadiannya.
Untuk elak dari masalah ini, anak-anak harus mengamalkan rutin penjagaan mulut yang diawasi oleh ibu bapa setiap hari.

Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.