Cabutan Gigi

Cabutan gigi yang selesa untuk semua peringkat umur

Cabutan Gigi Untuk Semua Peringkat Umur

Keutamaan kami ialah menyelamatkan gigi anda. Tetapi apabila kerosakan gigi sangat teruk sehingga tidak dapat dipulihkan, cabutan gigi mungkin diperlukan bagi mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan timbul masalah kesihatan mulut yang lain.

Kami pakar dalam penjagaan gigi yang selesa dan berkualiti – termasuk cabutan pergigian untuk semua peringkat umur. Jika anda rasa anda mungkin perlu cabutan gigi, hubungi kami hari ini untuk dapatkan konsultasi bersama doktor terlebih dahulu.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Sebab Perlu Cabutan Gigi

Gigi patah, pecah, berlubang atau goyang

Gigi bongsu yang bermasalah

Gigi yang dijangkiti atau bernanah

Gigi berlebihan yang mengganggu

Kami Menjawab Soalan Paling Popular Tentang Cabutan Gigi

1

Adakah cabutan gigi menyakitkan?

Kami akan suntik ubat kebas dan memastikan anda kebas dan selesa sepenuhnya semasa prosedur rawatan. Kami mungkin akan memberi anda ubat tahan sakit untuk diambil selepas cabutan. Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk mengurangkan sebarang ketidakselesaan selepas prosedur.
2

Ada buat cabutan gigi geraham bongsu tak?

Ya! Kami ada buat untuk semua peringkat umur yang memerlukan cabutan gigi geraham bongsu mereka. Tidak semua orang perlu dicabut gigi geraham bongsu mereka, oleh itu kami akan membantu anda memahami sama ada perlu atau tidak mencabut gigi geraham bongsu anda demi kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang anda.
3

Berapa lamakah masa yang diambil untuk pulih selepas cabutan gigi?

Selepas pembedahan, anda perlu berehat. Kami akan memberikan kapas (gauze) pada akhir rawatan, dan anda perlu menukarnya secara berkala. Jika pendarahan berterusan selama lebih daripada 24 jam, hubungi kami. Berehat apabila anda pulang ke rumah, tetapi elakkan baring kerana ia boleh memanjangkan pendarahan. Sebaliknya, sandarkan kepala anda di atas bantal.
4

Bolehkah saya makan dan minum serta-merta selepas cabutan gigi?

Anda digalakkan untuk mengambil makanan yang lembut serta minuman yang sejuk. Minuman sejuk dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan iritasi. Antara makanan yang disyorkan:
- Air kosong sejuk
- Aiskrim
- Puding
- Bubur
- Kentang lenyek
- Sup
Semasa minum, elakkan menggunakan penyedut minuman (straw). Ini kerana “negative pressure” yang terhasil ketika menyedut air menggunakan penyedut minuman juga akan “menyedut” keluar darah beku dari soket cabutan dan seterusnya menyebabkan pelbagai komplikasi.

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai hingga ke teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!