Adakah anda kehilangan satu batang gigi atau lebih? Anda mungkin sesuai untuk terima rawatan bridge. Bridge kami yang direka khas kelihatan seperti gigi asli anda dan mengembalikan senyuman dan fungsi asalnya.
Bridge ialah rawatan untuk mengisi gigi yang hilang dan bridge ni tak boleh dicabut dari mulut seperti gigi palsu. Dinamakan bridge kerana ia berpaut dengan gigi bersebelahan ruang kosong membentuk seakan-akan jambatan.
Di Klinik Pergigian Putra, doktor kami akan membantu anda memutuskan sama ada rawatan ini sesuai untuk anda dan memberikan semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk anda.
