Pendakap Gigi

(Braces)

Gigi Tersusun Rata Membantu Anda Untuk Senyum Dengan Yakin

Dapatkan Gigi Tersusun Rapi & Cantik

Jika anda ingin memakai pendakap gigi (braces) untuk diri sendiri atau ahli keluarga anda, anda telah datang ke tempat yang betul.

Bermula dari menyelesaikan kes ortodontik mudah kepada menyelesaikan kes ortodontik yang lebih sukar, braces ialah cara yang sesuai, berkesan dan berpatutan untuk membaiki susunan gigi anda dalam masa 2 hingga 2 tahun setengah.

Dengan teknologi terkini, kami menyesuaikan pelan rawatan braces untuk anda agar dapat memberikan hasil yang terbaik, sihat dan cantik.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Jenis-jenis Braces

Pendakap Gigi Konvensional

  • Braces konvensional mempunyai getah braces berwarna-warni. Getah ini akan memegang wayar di tempatnya.
  • Braces konvensional perlu diketatkan dengan getah braces setiap 4 hingga 6 minggu.
  • Memerlukan pemeriksaan berkala
  • Lawatan ke doktor ortodontik yang lebih lama
  • Pemakaian selama 2 tahun hingga 2 tahun setengah

Pendakap Gigi Self-Ligating

  • Braces self-ligating menggunakan bracket atau klip untuk menahan wayar di tempatnya. Ia menggerakkan gigi dengan lebih pantas.
  • Tidak menggunakan getah braces berwarna.
  • Mudah dibersihkan
  • Memerlukan pemeriksaan berkala
  • Lawatan ke doktor ortodontik yang lebih singkat

Myobrace (Kanak-kanak)

  • Myobrace ialah rawatan pra-ortodontik pencegahan untuk kanak-kanak
  • Rawatan paling sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 15 tahun
  • Membantu meratakan gigi, meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan semula jadi
  • Melancar saluran pernafasan serta mengajar kanak-kanak tentang tabiat pemakanan yang baik

Siapa Yang Sesuai Pakai Braces?

Tempah Janji Temu

Gigi jarang

Gigi tidak rata (berlapis, underbite)

Gigitan terbuka/bersilang

Gigi jongang

Prosedur Rawatan Braces Di Klinik Pergigian Putra

Pendakap Gigi Konvensional & Self-ligating

  1. Lawatan pertama adalah kami akan mengambil sinar-X OPG dan Lateral, serta membuat cetakan model gigi anda. Sesi konsultasi juga akan dijalankan.
  2. Setelah doktor kami melihat sinar-X dan cetakan model gigi anda, doktor kami akan tentukan sama ada anda perlu atau tidak buat cabutan/tampalan gigi, atau lain-lain rawatan yang diperlukan sebelum pasang braces.
  3. Lawatan kedua adalah membuat rawatan cabutan/tampalan gigi, cuci gigi dan lain-lain rawatan (jika perlu) sebelum pasang braces.
  4. Lawatan ketiga adalah hari anda untuk pasang braces oleh doktor ortodontik kami. Penerangan tentang selepas pemakaian braces juga akan diberitahu oleh doktor kami.
  5. Anda juga akan diberikan penerangan tentang cara-cara memberus gigi setelah pakai braces, dan cara penjagaan braces dengan betul.

Tahniah! Anda telah menjadi sebahagian dari ahli keluarga braces kami. Bersedia untuk mendapatkan senyuman yang menawan.

Tempah Janji Temu

Mari Jadi Sebahagian Dari Keluarga Braces Kami...

Mari Jadi Sebahagian Dari Keluarga Braces Kami...

781
Jumlah Ahli Keluarga Braces Kami di Parit Raja, Pagoh & Kluang

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai kepada teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!