Rawatan Wajah

Chemical Peel

Chemical peel (pengelupasan kimia) menggunakan agen pengelupasan untuk membuang lapisan kulit lama kepada lapisan kulit baru.

Rawatan Chemical Peel Yang Kami Tawarkan

Chemical peel atau pengelupasan kimia menggunakan agen pengelupasan untuk menghilangkan lapisan kulit atas lama (epidermis), dan menggantikan kulit baru yang lebih cantik. Chemical peel boleh mengurangkan garis halus dan kedutan, jerawat, parut, dan tona kulit yang tidak sekata.

Acne Peel

Jika anda mempunyai banyak masalah jerawat, acne peel dapat membantu anda. Ia mengandungi asid salisilik yang bagus untuk pengelupasan dan kawalan minyak. Asid salisilik juga membantu mematikan bakteria yang menyebabkan jerawat.

  • 1 sesi – RM249
  • 3 sesi – RM699
  • 5 sesi – RM1,199
  • Tempah Janji Temu

    Pigmentation Peel

    Jika anda mempunyai bintik hitam dan pigmentasi pada wajah, mandelic acid yang digunakan dalam rawatan ini berkesan untuk mengurangkan dan mencerahkan pigmentasi kulit. Ia juga membantu menanggalkan kulit mati pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan kulit kusam serta garis halus.

  • 1 sesi – RM249
  • 3 sesi – RM699
  • 5 sesi – RM1,199
  • Tempah Janji Temu

    Whitening Peel

    Whitening peel ini sesuai untuk anda yang mempuyai kulit kusam dan tona tidak sekata. Bahan yang digunakan dalam rawatan ini adalah glutathione dan vitamin c. Ia berfungsi sebagai agen peluntur yang boleh membantu mencerahkan dan menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata, serta membantu memudarkan jeragat.

  • 1 sesi – RM249
  • 3 sesi – RM699
  • 5 sesi – RM1,199
  • Tempah Janji Temu

    Prosedur Rawatan Chemical Peel

    Langkah 1 – Wajah anda akan dibersihkan beserta dengan skrub wajah

    Langkah 2 – Wajah anda akan dilembutkan dengan face steamer

    Langkah 3 – Microdermabrasi untuk buang lapisan permukaan kulit

    Langkah 4 – Buang blackhead (jika perlu)

    Langkah 5 – Kecilkan liang pori wajah dengan cold hammer

    Langkah 6 – Urutan wajah akan dilakukan (jika perlu)

    Langkah 7 – Larutan bahan pengelupasan akan disapukan di seluruh wajah anda mengikut keperluan rawatan

    Langkah 8 – Sapuan vitamin E atau vitamin C

    Langkah 9 – Pakai LED mask

    Langkah 10 – Pelindung suria akan dipakaikan di wajah anda di proses akhir rawatan

    Tempah Janji Temu

    Soalan Lazim

    Bolehkah hanya satu sesi rawatan sahaja boleh memberi hasil?

    Ya! Anda boleh melihat perubahan warna dan tekstur kulit hanya dalam satu sesi rawatan.

    Berapa lama boleh nampak hasil selepas rawatan?

    Hari kedua proses rawatan, anda akan mula melihat pengelupasan kulit akan berlaku. Seminggu selepas proses pengelupasan kulit, anda akhirnya mula dapat melihat hasilnya.

    Apa yang berlaku sehari selepas rawatan?

    Kemerahan, kegatalan, atau rasa terbakar mungkin berlaku dalam beberapa jam pertama selepas rawatan. Kekeringan, kerengsaan, atau bengkak mungkin berlaku untuk beberapa hari pertama selepas rawatan, dinasihatkan agar tidak menggosok kulit.

    Kenapa kulit saya dilihat makin teruk selepas rawatan?

    Chemical peel boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap daripada biasa (hiperpigmentasi) atau lebih cerah daripada biasa (hipopigmentasi).

    Apakah penjagaan wajah selepas rawatan?

    Penting untuk mengetahui perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang perlu dielakkan selepas rawatan. Berikut adalah perkara teratas yang perlu dielakkan selepas pengelupasan kimia.

    • Jangan kupas kulit yang kering
    • Jangan skrub muka
    • Jangan cuci muka pakai air hangat/panas
    • Pakai pelindung suria
    • Pakai pelembab
    • Banyakkan minum air kosong

    Manja dan Tenangkan Diri Anda di Spa Kami

    Tempah slot janji temu anda sekarang!