Icon Treatment untuk Fluorosis

Memudarkan Fluorosis (Tompok Putih) Pada Gigi

Kembalikan Sinaran Pada Senyuman Anda

Adakah anda mengalami tompok-tompok putih yang tidak sedap dipandang pada gigi anda? Ketidaksempurnaan kecil ini sering berlaku disebabkan oleh isu seperti fluorosis, trauma, kebersihan mulut yang tidak baik atau perubahan warna yang berlaku selepas rawatan ortodontik.

Untuk  merawat masalah ini, kami menawarkan rawatan Icon, cara yang inovatif tanpa perlu kikis gigi dan tidak menyakitkan untuk memudarkan tompok tersebut tanpa memerlukan prosedur rawatan yang kompleks.

Tempah Janji Temu

Kepakaran Kami

Diagnosis Masalah Pergigian

Mencegah & Menghentikan Kerosakan Gigi

Membaiki Gigi Yang Rosak & Reput

Kembalikan Senyuman Menawan Anda

Kelebihan & Kebaikan Rawatan Icon

  • Ia tidak menyakitkan, tidak ada kikis gigi atau penggunaan jarum.
  • Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
  • Icon menyimpan sebanyak mungkin struktur gigi yang sihat.
  • Kos Icon lebih rendah berbanding rawatan alternatif lain.
  • Hasil rawatan bertahan selama beberapa tahun.
  • Rawatan mudah dan tidak kompleks.

Adakah anda bersedia untuk mengetahui sama ada Icon boleh meningkatkan penampilan senyuman anda? Hubungi kami untuk bertanya tentang rawatan Icon ini hari ini.

Tempah Janji Temu

Prosedur Rawatan Icon Di Klinik Pergigian Putra

Rawatan pemutihan gigi untuk anda adalah mudah. Terdapat beberapa langkah prosedur untuk melaksanakan rawatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian Putra:

 

  1. Sebelum memulakan, doktor gigi akan membuat rekod dan mengambil gambar keadaan asal gigi anda supaya dapat membezakan hasil gigi sebelum dan selepas rawatan.
  2. Icon Etch akan disapukan di permukaan gigi dan biar selama 2 minit, kemudian bilas.
  3. Kemudian, Icon Dry akan disapukan di permukaan gigi selama 30 saat untuk lihat jika tompok putih dah berkurangan.
  4. Proses yang sama akan diulang selama 3 kali.
  5. Icon Infiltrant akan disapukan pada permukaan gigi dan biar selama 3 minit kemudian bilas dan light-curing selama 40 saat.
  6. Icon Infiltrant akan disapukan lagi dan biar selama 1 minit, bilas dan light curing selama 40 saat.
  7. Langkah terakhir, doktor akan polish permukaan gigi anda.
  8. Selesai rawatan, kami akan mengambil gambar gigi selepas rawatan pula. Anda akan dapat lihat berbezaannya.

Semak Soalan Lazim

Siapa yang boleh terima rawatan icon ini?

Pesakit yang mempunyai fluorosis (tompok putih) pada gigi boleh dapatkan rawatan icon gigi ini. Boleh dapatkan pemeriksaan gigi dan konsultasi dengan doktor dulu untuk maklumat lanjut.

Apakah yang menyebabkan gigi ada fluorosis?

Akibat pengambilan fluorida berlebihan semasa kecil, seperti telan ubat gigi berfluorida berlebihan. Akibat dari perbuatan itu, bila dah dewasa, ada tompokan putih di gigi kita. Ia tidak boleh hilang kerana tompokan putih tu berada di dalam gigi, bukan diluar.

Berapa lama icon ini boleh bertahan?

Ia berbeza untuk setiap orang dan bergantung pada diet dan gaya hidup anda, tetapi kesannya biasanya bertahan selama kira-kira 2 – 5 tahun. Rawatan berkala disyorkan untuk mengekalkan keadaan gigi yang optimum.

Berapa lama masa yang diambil untuk rawatan ini?

Ia mengambil masa dalam 2 jam untuk satu sesi rawatan. Masa rawatan juga mungkin berbeza bergantung pada tahap fluorosis yang hendak dipudarkan.

Apa yang perlu saya elakkan selepas rawatan?

Untuk sekurang-kurangnya 24 jam selepas rawatan, elakkan daripada sebarang makanan atau minuman berwarna gelap yang boleh mengotorkan gigi. Contohnya, kicap, jus anggur atau jus berwarna gelap, soda berwarna gelap, kopi atau teh, atau apa-apa sahaja dengan pewarna tiruan.

Pergigian Terbaik Daripada Profesional Yang Mendapat Penilaian Tinggi

Klinik Pergigian Putra telah diasaskan pada tahun 2015 oleh Doktor Maisarah Zainal Abidin. Amalan kami dibina untuk semua peringkat umur dan mengambil pendekatan unik untuk penjagaan pergigian. Kami percaya melawat ke doktor gigi harus menjadi pengalaman yang positif dan menakjubkan. Daripada janji temu yang diperibadikan dan kemudahan santai kepada teknologi canggih dan kakitangan yang sangat berpengalaman, kami tahu anda akan menikmati masa anda di sini.

Tentang Kami

Senyuman Yang Menawan Bermula Dari Pergigian Yang Bagus

Tempah Janji Temu Anda Sekarang!