Scaling Konvensional vs EMS Airflow – Mana Lebih Sesuai Untuk Anda?
Scaling gigi adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi. Tetapi, ramai masih keliru, sama ada nak buat scaling konvensional atau scaling moden seperti EMS Airflow. Di Klinik Pergigian Putra, Parit Raja, kami ada menyediakan EMS Airflow yang selesa dan mesra pesakit. Artikel ini akan terangkan beza kedua-dua kaedah dan bantu anda pilih yang paling sesuai.
Apa Itu Scaling Gigi?
Scaling gigi adalah proses pembersihan karang gigi (tartar) dan plak yang melekat pada gigi. Ia adalah rawatan asas dalam penjagaan pergigian, dan bukan rawatan kosmetik. Jika tidak dibersihkan, karang gigi boleh menyebabkan gusi radang, bau mulut, dan masalah kesihatan gigi lain.
Scaling Konvensional
Scaling konvensional biasanya menggunakan alat ultrasonik dan manual untuk menanggalkan karang gigi.
Ciri-ciri scaling konvensional:
-
Berkesan untuk karang gigi yang tebal dan keras.
-
Kadang-kadang pesakit rasa sakit atau sensitif, terutama jika gusi sensitif.
-
Memerlukan masa lebih lama untuk membersihkan semua karang gigi, bergantung pada keadaan mulut.
-
Sesuai untuk pesakit yang karang gigi banyak dan tidak sensitif pada tekanan.
Kebaikan scaling konvensional ialah biasa dilakukan di kebanyakan klinik dan sangat efektif untuk karang gigi tebal, tetapi pengalaman rawatan mungkin kurang selesa bagi sesetengah pesakit.
Scaling EMS Airflow di Parit Raja
EMS Airflow adalah teknologi pembersihan gigi moden dan lebih selesa. Ia menggunakan semburan halus campuran air, udara, dan serbuk khas untuk menanggalkan plak dan karang gigi.
Kelebihan EMS Airflow:
-
Kurang/Tidak sakit (painless), kurang sensitif dan menyakitkan berbanding scaling konvensional.
-
Dapat mengesan kawasan gigi yang mula rosak atau berkarang awal.
-
Pembersihan lebih cepat dan menyeluruh, termasuk kawasan yang susah dicapai.
- Dapat buang plak & stain kopi/teh/rokok dengan cepat.
-
Sesuai untuk pesakit gigi sensitif, yang takut scaling konvensional, atau untuk rawatan pencegahan.
Di Klinik Pergigian Putra, Parit Raja, EMS Airflow adalah pilihan popular kerana memberikan pengalaman scaling yang lebih selesa dan efisien, terutamanya untuk mereka yang ingin gigi bersih tanpa rasa sakit.
Mana Yang Patut Anda Pilih?
Pemilihan kaedah bergantung kepada:
-
Keadaan karang gigi dan gusi.
-
Tahap sensitif pesakit.
-
Tujuan rawatan: pencegahan atau rawatan buang karang gigi tebal.
Jika anda baru nak mula jaga gigi, gusi sensitif, atau nak pengalaman scaling lebih selesa, EMS Airflow di Parit Raja adalah pilihan yang sangat sesuai. Jika karang gigi tebal atau lama tidak dibersihkan, scaling konvensional juga tetap berkesan.
Tips Penjagaan Selepas Scaling
-
Gosok gigi dua kali sehari dan gunakan floss.
-
Minum air secukupnya untuk elak mulut kering.
-
Elakkan makanan berkarbonat atau manis berlebihan dalam masa 24 jam selepas scaling.
-
Jumpa doktor gigi secara berkala, biasanya setiap 6 bulan, untuk pastikan gigi dan gusi sentiasa sihat.
Kesimpulan
Scaling bukan sahaja untuk cantikkan gigi, tapi penting untuk kesihatan mulut dan gusi. Di Klinik Pergigian Putra, Parit Raja, anda boleh pilih antara scaling konvensional atau EMS Airflow mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. EMS Airflow menawarkan pengalaman lebih lembut, cepat, dan selesa, sesuai untuk mereka yang sensitif atau nak rawatan pencegahan.


